Inspection form juga dikenali dengan pelbagai nama seperti
-Request for work inspection form
-Request for inspection
-Inspection request form
namun hakikatnya tetap sama iaitu satu borang permintaan untuk pihak konsultan melakukan pemeriksaan ke atas kerja yang akan dijalankan. Contoh inspection form adalah seperti berikut:
-Request for work inspection form
-Request for inspection
-Inspection request form
namun hakikatnya tetap sama iaitu satu borang permintaan untuk pihak konsultan melakukan pemeriksaan ke atas kerja yang akan dijalankan. Contoh inspection form adalah seperti berikut:
Umumnya inspection form ini terbahagi kepada 3 bahagian utama dan di iringi dengan inspection check list.
Bahagian 1
Bahagian ini mengandungi maklumat2 berikut:
1.Tarikh dan masa sesuatu kerja itu sedia untuk diperiksaoleh pihakkonsultan
2.Tarikh dan masa sesuatu kerjaitu akan dibuat setelah diperiksa oleh pihak konsultan
3.Lokasi kerja yang akan dibuat
4.Perkara lain yang terlibat dengan kerja tersebut
5.Deskripsi kerja yang akan dijalankan , contohnya kerja mengikat batu bata. (Setting out and brick laying)
6.Pengesahan permintaan untuk inspection dari pihak kontraktor dan sub-con mereka
7.Pengesahan penerimaan borang inspection oleh pihak konsultan (disahkan oleh samada clerk of work atau resident architect)
Bahagian ke 2
Bahagian ini mengandungi perkara berikut:
1.Respons dari pihak konsultan yang menjalankan pemeriksaan. Respons ini diterjemahkan dalam komen dimana sekiranya ada perkara yang perlu diperbetulkan maka perkara tersebut disenaraikan dalam ruangan komen tersebut.
2.Status pemeriksaan - di beri nilaian dalam bentuk A,B,C dan D
A- kerja yg dibuat itu diterima dan kerja berikutnya boleh dijalankan
B- terdapat pembetulan yang perlu dibuat kepada kerja tersebut, namun begitu tidak memerlukan
pemeriksaan semula oleh konsultan
C- terdapat pembetulan yang perlu dibuat ke atas kerja tersebut dan pembetulan ini perlu diperiksa semula oleh konsultan
D- kerja tersebut tidak diterima dan pemeriksaan semula perlu dibuat melalui inspection form yang baru
Saya akan perincikan perkara ini dalam entry yang lain,insya Allah.
3.Perakuan pemeriksaan - dibuat oleh konsultan yg melaksanakan pemeriksaan tersebut. Biasanya dibuat oleh clerk of work
4.Kelulusan ke atas pemeriksaan yg dibuat - biasanya diperakukan oleh residen akitek
Bahagian ke 3
Bahagian ini adalah bahagian perakuan ke atas peemeriksaan semula bagi kerja2 yang mendapat status C dalam pemeriksaan di atas. Bahagian ini mengandungi maklumat berikut:
1.Tarikh dan waktu kerja-kerja pembetulan lanjutan dilaksanakan
2.Status pemeriksaan ke atas kerja2 pembetulan lanjutan tersebut samada diterima atau tidak. Sekiranya kerja2 pembetulan lanjutan itu masih tidak dapat diterima maka inspection form ini akan ditutup dengan status C dan inspection form yang baru mesti dikeluarkan untuk pemeriksaan lanjutan.
3.Perakuan oleh konsultan yang menjalankan pemerikasaan tersebut.
Sebagai kesinambungan kepada entry ini, saya akan bincangkan tentang inspection check list di dalam entry berikutnya.
What's difference between 'Site Inspection Request' (SIR) and 'Request for Inspection' (RFI)?
ReplyDeletesama je
ReplyDelete